Welcome MyT

Assalamualaikum…

Bertemu kita kembali..Hari ni den nak kongsikan bagaimana bermulanya kisah den bersama MyT. Siapa MyT ni?

MyT merujuk kepada My Tracer. Yes, buah hati den yang baru ni adalah dari model Yamaha MT09 Tracer. Model ni sama dengan model Yamaha MT09, cuma Tracer lebih kepada motor touring. Kalau tak silap, setting pun ada sedikit perbezaan. Untuk tau lebih lanjut pasal tracer, boleh tengok melalui link dibawah :

Kalau diikutkan plan asal, den nak ambil motor CFMOTO 650MT. Motor ni buatan China dan agak terkenal di negara Australia.

CFMOTO 650MT

Dengan kapasiti 650cc, motor ni setanding dengan versys 650. Malah harganya lebih murah berbanding Versys. Teknologi enjin pula copy enjin Er6. Seriously, den memang minat giler dengan motor ni. Sistem pula siap dengan ABS dan diberi sekali dengan sidebox jenama SHAD. Boleh dikatakan berbulan-bulan den usyar motor ni. Pernah sekali tu den sanggup bawa mak den pergi tengok motor ni kat Nilai. Hahaha…

Gambar kenangan den dengan mak den bersama CFMOTO 650MT

Semasa den tunjuk kat mak den, terkejut mak den tengok motor ni. Katanya besar sangat motor ni. Hahaha…

Selepas beberapa bulan, den bawa wife den pergi tengok sekali lagi motor jenis ni tapi kat kedai Maxima Motor, Senawang. Pun sama juga, wife den terkejut dengan saiz motor ni. Hehe…

Tapi kalau diikutkan, saiz tracer lagi besar dan nampak lagi tegap. So nak dipendekkan citer, den TAK JADI ambil 650MT. Sebabnya…bagi den motor ni menggunakan teknologi lama kawasaki Er6. Dan sparepart pun belum pasti ada dipasaran. Yang den tahu, sparepart boleh dapat kat kilang di simpang empat, Penang. Tapi tula, nak ke sana tu boleh tahan jugak jauhnya. Selain pada tu juga, den banyak hari dah try cari pengguna motor ni. Tapi hampa..masih tak ramai lagi yang menggunakan motor ni. Kalau ada pun, maybe jenis low profile. Sayangnya…patut model macam ni kena ada review dari pengguna di Malaysia.

So apa yang berlaku lepas tu, den pun try usyar Versys 650. Kebanyakan motor 2nd adalah model lama versys. Design lampunya agak kurang sikit. Next…den pun terfikit pasal Yamaha MT09 Tracer. Motor ni den pernah nampak depan mata pada tahun 2017 di RnR Dengkil. Masa tu den otw nak ke Tg Malim. Tengah rehat-rehat kat stesen minyak, nampak sorang brader ni baru lepas isi minyak. Dia pun tolak motor dan parking dekat dengan den. Biasalah rider, seolah-olah kami ada chemistry. Den pun tegur pasal motor dia dan bertanya dia datang dari mana. Rupanya brader tadi dari Singapura dan nak balik ke Puchong. Fuuhhh…jauh tu. Tapi apa ada hal, motor power kot. Hehe..

So sebelum kami berpisah, den sempat ambil gambar bersama dia dan Tracer tersebut.

Bersama Abam Tracer

Boleh dikatakan hari-hari den usyar motor Tracer ni kat FB dan Mudah.my. Ada 1 Tracer ni memang cantik, warna merah putih. Memang kena dengan taste den. Harga not bad. Apabila message dengan orang tersebut. Katanya dah ada buyer datang nak tengok motor. Orang tu juz datang je. Den pun senang hati la sebab ada can nak deal dengan dia. Tapi lepas tu, time petang orang tu message dan katanya buyer tadi jadi nak beli. Adeiyhhh…memang frust tertonggeng den masa tu. Sedih beb…

Lepas pada tu, maybe dah rezeki den, den terjumpa 1 iklan kat FB. Motor Tracer ni baru 18k km dan harga yang ditawarkan agak murah siap dengan accessories lagi. Kalau diikutkan, accessories yang dia bagi memang banyak. Box kiri kanan dan belakang, windshield, fog lamp, exsorber, plug dan air filter.Jadi den apa lagi, terus sambar motor tersebut. Hehe…

Maka bermulalah sesi msg kat messenger dan whatsapp owner tersebut. Oklah, den rasa dah banyak den kongsi ni. Untuk sambungan cerita tentang chat dengan owner tersebut, den akan kongsikan post berkenaan pada hari akan datang. So, teruskan membaca dan bagi komen kat bawah yer.

Daripada :