Assalamualaikum…
Hari ni nak cerita sedikit bagaimana den dan adik den pergi ambil motor FZ150i dari Gerik nak bawa balik ke Seremban.
Perancangan ni dibuat seminggu sebelum cuti sekolah. Kebetulan den cuti sekolah seminggu, jadi memang timing yang sangat sesuai untuk den plan dengan adik den untuk datang ke Gerik.
So dipendekkan cerita, den dah set dengan adik den untuk datang ke Gerik pada 14 Mac 2020, Sabtu petang dengan menaiki kereta. Sebabnya pada pagi Sabtu tersebut, omak den baru balik dari Kelantan. So, ada masa la sikit untuk rehat-rehat dulu sebelum gerak ke Gerik.
Pada Jam 5.00 petang, den pun gerak ke Gerik. Dah siap isi minyak, topup TnG dan pam tayar, kami pun masuk highway. Tapi malangnya, apabila kami tiba di Tapah, jem teruk pula. 30 km kami sangkut dalam jem..Adeiyhh…Kami tiba di maktab pada Jam 11.00 malam. Fuuhh…lama beb. So malam tu mandi, solat, rehat dan terus tidur.
Esoknya pagi-pagi lagi den siapkan barang untuk dibawa balik ke Seremban. Sebelum nak gerak, sempat ambil gambar untuk kenangan. Yela, bila lagi adik den nak datang maktab ni. Huhu..Den sempat singgah sat kat bilik guru sebab nak ambil SJCAM. Sebab lepas ni den plan nak pasang kat MyT. So senang la nak rekod masa ride nanti.
Pssstt…sebenarnya memang dah plan pun nak ride. InshaAllah 18 Mac 2020 ni plan nak naik Genting dengan member UPSI, Hilmi. Dah lama plan nak ride bersama, tapi masa je tak sesuai. Huhu..
So, lepas je gerak keluar dari maktab, kami singgah sat kat Shell Lawin. Isi full tank motor FZ. Minyak MyT den masih banyak lagi. Lepas kira-kira millage, alhamdulillah lepas untuk isi minyak semula kat Petron Lubuk Merbau nanti.
Perjalanan dari maktab ke Petron Kuala Kangsar mengambil masa 1 jam 15 minit. Kami isi minyak full tank kat sini. Penggunaan minyak untuk motor FZ adalah RM6 ++. So ni sedikit pengiraannya :
Shell Lawin ke Petron Lubuk Merbau
- Jarak : 65.7 km
- Minyak : RM6
- Fuel Consumption (FC) : RM6 / 65.7 km = RM0.09 per kilometer
Lepas je isi minyak kat Petron, kami teruskan perjalanan masuk ke highway melalui Tol Kuala Kangsar. Mula-mula target nak isi minyak kat RnR Simpang Pulai, tapi memandangkan minyak banyak lagi, kami teruskan perjalanan ke RnR Tapah. Tiba di RnR Tapah masa tu pada Jam 11.00 pagi. So dari Tol Kuala Kangsar ke RnR Tapah ambil masa dalam sejam juga. Kalau dengan MyT, sejam tu den dah sampai Sungkai. Hehe..
Sampai je RnR Tapah, kami berhenti kat BHP. Rehat kejap sambil makan roti dan minum air. Den tanya adik den macam mana minyak? Katanya baru guna separuh tank. Ok, so lepas ni target berhenti kat Petron Hentian Behrang. Memang kat sini biasanya den akan berhenti kalau nak balik KL.
Masa isi minyak, den bagi adik den isi dulu. So dapatlah dalam RM13 ++. Lepas tu den pula sambung isi sampai RM25 ++. Maknanya kat sini, fuel consumption MyT lebih kurang sama dengan FZ. Masing-masing isi ~RM13. Jimat jugak tu. Hehe..
Jadi pengiraan yang den boleh kongsikan adalah :
Petron Lubuk Merbok ke Petron Hentian Behrang
- Jarak : 144 km
- Minyak : RM13
- Fuel Consumption (FC) : RM13 / 144 km = RM0.09 per kilometer
FC masih masa dengan sebelum ni. Not bad. Itu dalam unit RM/KM. Kalau dalam unit KM/L :
Harga minyak RON95 semasa = RM1.82 seliter
So RM13 = 7.14 liter
FC : 144 km / 7.14 L = 20.17 km per liter
Dari Petron Hentian Behrang, perjalanan diteruskan untuk balik ke Seremban. So den dah decide nak balik ikut KL sebab laluan KL ni lebih dekat berbanding ikut ELIT. Dari Petron Hentian Behrang adik den lead. Kemudian, lepas je Jejantas Sungai Buloh, den terus lead kat depan. Masa ni naik bukit, so MyT memang xde masalah. Pulas je pergi..Hehe. Tapi kesian kat adik den la. So den slowkan throttle, bagi dia follow dari belakang.
Alhamdulillah, sepanjang perjalanan dari Jejantas Sg Buloh hingga Tol Sg Besi takde masalah. Tapi disebabkan cuaca yang amat panas masa tu, kami decide untuk berhenti berehat di BHP Sg Besi. Lama juga la lepak kat sini. Minum air 100+ plus sambil duduk kat kerusi yang disediakan dalam BHP. Layan…siap ada aircond lagi.
Kemudian, tengok cuaca pun dah ok, kami pun teruskan perjalanan. Time ni temperature MyT agak tinggi sikit, sekitar 80oC. Alhamdulillah, perjalanan pun lancar dan kami tiba di rumah sekitar Jam 2.15 petang.
So kesimpulannya, perjalanan dari Maktab hingga ke Seremban memang mencabar. Terutama sekali bila follow speed FZ sekitar 120 km/j. So far tahap kepanasan enjin MyT dalam lingkungan memuaskan, sekitar 78oC – 80oC. Ini apa yang den perasan lah. Penat pun bila dah masuk tengah hari. Penat sebab bahang panas. Den biasa ride sebelah petang atau malam. So, bila ride dari pagi hingga ke tengah hari, mental kena ready sebab hari semakin panas. Compare ride petang atau malam, cuaca semakin sejuk. Dari segi penggunaan minyak memang menjimatkan. So dengan kata lain, kalau nak follow kapcai lepas ni tak risau dari segi penggunaan minyak dan kepanasan enjin. Cumanya kalau terlalu slow, temperature maybe naik sehingga 90oC. So, masa ni memang kena speed sikit bagi radiator kena angin lebih banyak. So, coolant pun cepat sikit sejuk.
Oklah, cukup rasanya den kongsikan tentang perjalanan kali ni. Harap-harap adik den dapat jaga dengan elok motor FZ tu. Yela, itulah harta pertama den. Memang tak sanggup nak jual. Banyak sangat kenangan motor tu terutamanya ketika den belajar kat UPSI dan tubuhkan group FZian Tg Malim (FZTM).
So, see you for the next post ya..Bye..
Daripada :
Komen Terkini