Ride Perintah Kawalan Perjalanan (PKP)

Assalamualaikum…

Seperti mana semua sedia maklum, Perdana Menteri ke 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020. PKP ini dilaksanakan berikutan berlakunya wabak virus Corona (lebih dikenali sebagai COVID-19) yang semakin serius di Malaysia.

So dengan kata lain, cuti sekolah seminggu dari 14 Mac – 22 Mac telah extend kepada 31 Mac 2020. Namun begitu, disebabkan jumlah pesakit COVID-19 semakin meningkat, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan PKP Fasa ke 2 dilaksanakan sehingga 14 April 2020. So cuti sekolah pun tambah lagi 2 minggu. Perghh…ini bermakna 5 minggu dah cuti sekolah. Lepas ni tak pasti lagi macam mana. Ada kemungkinan PKP Fasa ke 3 akan dilaksanakan selepas 14 April nanti. Apa-apa pun, sama-samalah kita berdoa agar penyebaran COVID-19 ini dapat dihentikan dan kita dapat hidup kembali secara sihat dan aman.

So sepanjang proses PKP ni, seriously memang bosan gile duduk kat rumah. Nak keluar pun atas sebab nak beli barang. So, ingat tak hari tu den ada cerita pasal bawa balik motor FZ dari maktab ke Seremban? Kalau lupa, boleh rujuk kat sini yer..

[+] Selamat Tinggal MyFZ

Selepas peristiwa tersebut, MyT memang tak gerak langsung. Means nak dekat 2 minggu tak gerak. So ada sekali tu, memang den tak tahan sangat. Rasa nak bawa juga MyT keluar. Fikir punya fikir, akhirnya dapat juga idea..Hehe..

Den bawa MyT pergi Mydin Senawang. Masa ni plan nak cari roti Gardenia. Rupanya dah viral kat FB ramai yang mencari roti Gardenia. Jeemmm…

Bila sampai tempat jual roti, tu diaa..Kosong beb !!

Takde satu pun roti buku. Bukan je jenama Gardenia, jenama lain pun takde. Adeiyh..Jem den dibuatnya. So den pun baliklah dengan hampa. Tapi takdelah balik dengan tangan kosong. Den belilah sikit roti yang bungkus kecik-kecik tu dan beli buah nenas.

Selepas je peristiwa tu, hari seterusnya den pergi lagi sekali ke Mydin Senawang pada pukul 9.30 pagi. Ingatkan tak ramai orang, rupanya ada yang lagi awal daripada den. Fuuhhh…tapi kali ni tak naik motor la, den naik kereta je.

So, bila dah masuk Mydin, den terus menuju ke kawasan roti. Alhamdulillah..ada juga roti buku yang panjang. Tapi bukan roti Gardenia la, yang ada jenama Mighty White. Jadilah..asalkan ada. Tapi tulah, pihak Mydin hanya limit 2 buku sahaja. Huhu..


Oklah, itu cerita tentang misi mencari Roti Gardenia. Next misi mencari barang di Farmasi. Misi ni berlaku pada 31 Mac 2020. Kali ni den nak ride sambil testing SJCam sebagai Dashcam. Macam mana tu? Mesti korang konfius kan? Hehe..

Actually, rasanya ramai yang tahu apa itu SJCam kan? Biasanya geng2 motor akan letak SJCam dekat helmet, dada ataupun handle motor. Cuma kelemahan SJCam ni bateri dia tak tahan lama. Den pernah buat paling lama pun sejam lebih. Adeiyh…

So kali ni den dapat idea untuk jadikan SJCam tu sebagai dashcam. Ala, macam orang selalu pakai dalam kereta tu. Haa..konsep dia samalah. Cuma SJCam kena sambung direct dengan punca elektrik. So, apabila ON je suiz, SJCam akan auto record. Begitu juga kalau OFF suiz, SJCam akan auto off record.

So posisi yang den guna adalah dengan meletakkan pelekat yang pegang SJCam pada windshield MyT. So far bila letak kat situ memang kukuh. Tapi dalam hati ada juga rasa risau. Setting pula den buat Full HD dengan rakaman 3 minit untuk 1 video. So, den mula merakam dari mula keluar rumah hinggalah balik semula ke rumah.

Tapi…haa…ada tapinya. Memory card SJCam yang ada sekarang ni adalah 2 Gb sahaja. So, dengan kualiti gambar Full Hd dan memory yang kecik, SJCam hanya dapat merakam 5 video. Tapi daripada 5 video tersebut, hanya 3 video sahaja dalam keadaan OK. Yang lagi 2 tu crash pula. Adeiyyhh..

Owh, lupa nak bagitau. Fungsi dashcam ni juga dia akan terus recording. Video terkini akan menggantikan video yang awal2. Haa..tulah salah satu kelemahan dia. Sebab apa, masa den nak check balik video, hanya video dalam perjalanan den balik je ada. Video masa awal2 den gerak dan kena hujan takde. Adeiyhh..sedih betul.

So daripada video yang ada, den try edit guna software Filmora 9. Actually tak pandai pun guna. Ni pun try and error. Dan untuk siapkan 1 video + senikata + audio ambil masa 6 jam !! Hahaha…nampak sangat tak pandai guna. Puas juga la nak explore sebab dah lama tak guna. So bila dah siap je video tu, den terus upload dalam Youtube. So den tempek video tu kat sini ek.

Actually banyak lagi kelemahan. InshaAllah dari semasa ke semasa den akan cuba baiki kelemahan dan upgrade kualiti video den yer. So, selamat menonton!!

Daripada :

This image has an empty alt attribute; its file name is jiwa-rider.png