Ride Pantai Timur – Day 2 – Terengganu

cover-fb-(Ride-Pantai-Timur)_2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ni den nak sambung cerita Ride Pantai Timur untuk hari kedua. Perjalanan kami dari rumah nenek Bachok di Pantai Irama dan kami bertolak dari sana Jam 6 petang. Lokasi yang diberi oleh Alep adalah Shell Pantai Merang. Den pun tak tahu kat mana, yang penting dapat gps coordinate dan den telah set dalam gps den. Sebelum bergerak ke Shell Pantai Merang, kami berhenti sekejap isi minyak di Shell Tok Bali. Den isi minyak RM21 untuk Ron97. Kalau diikutkan dari map yang den tengok kat google map, laluan kami akan melalui Besut, Terengganu. Tapi tah macam mana, gps den tak ikut laluan tersebut. Ermm…ikut jela. 

Tepat Jam 8.13 malam, kami sampai di shell tersebut. Tengok sekeliling, adoii..mana pulak si Alep ni. Den try hantar message melalui messenger. Rupa-rupanya tak gerak lagi dari tempat dia. Si Alep bagi lokasi kedua, Masjid Batu Rakit. Ahh sudah..nak kena search gps coordinate lagi. Den malas nak ambil masa, den tetapkan terus jumpa depan UNISZA. Kan sonang. Selepas 5 minit berehat, kami siap-siap untuk bergerak. Kebetulan, den terlupa sebelum tu den ada inform kat Izani yang kami jumpa kat shell. Haha..nasib baik dia sempat sampai. Memang masa tu den dah start enjin dah. Kalau lewat seminit, memang kena tinggal. So, selepas bersalaman, kami terus gerak ke UNISZA.

Lebih kurang Jam 9 malam, kami tiba di 7e depan UNISZA. Dan masa tu, tiba-tiba si Alep muncul. Haa..elok la. Tak perlu den nak on data internet. Kami bersalaman dan berbincang ke mana arah seterusnya. Den bagitau siap-siap kami tak kisah nak makan kat mana, asalkan sedap dan murah. Pastu den teringat tentang laluan belakang airport, tujuan asalnya nak tengok kot2 ada kapal terbang nak mendarat malam tu kan? Hehe.. So, lepas deal dengan Alep, kami terus bergerak ke belakang airport. Tak sampai 5 minit, tiba-tiba hujan selebat-lebatnya. Dengan keadaan jalan yang agak gelap, kami teruskan perjalanan. Tak lama pun hujan, dalam 3 minit je. Tapi kuyup la jugak. Akhirnya, kami berhenti kat suatu tempat tepi jalan. Den tak pasti apa nama tempat tu. Yang den pasti, ada Giant kat seberang jalan. Masa tu den dikenalkan dengan Tok Wan, otai FZ Terengganu. Selepas berhenti tepi jalan dalam 5 minit, kami meneruskan perjalanan ke kedai makan.

Ermm..jalan punya jalan..tak sampai2 lagi kat kedai makan. Adoii..mana pulak dia orang bawa kita orang ni. Perut pun dah berbunyi. Hampir setengah jam perjalanan, barulah kami sampai kat kedai makan sebelah shell Wakaf Tapai. Apa lagi, kasi open table panjang la..hehe.

Bersama FZ Terengganu

Setelah masing-masing kenyang, kami meneruskan perjalanan ke homestay (Rumah Rehat Kerajaan Kuala Terengganu) berdekatan dengan Poliklinik Hulu Terengganu. Alhamdulillah, kami tiba di homestay Jam 12.30 malam. Homestay ni pun den dapat hasil bantuan daripada Izani. Bukan senang nak duduk rumah rehat kerajaan kan? Tapi malangnya, kami tak sempat nak bergambar dalam homestay tersebut. Maklumlah, masing-masing kepenatan. Cuma den dapat gambarkan, ianya 1 bilik besar 2 tingkat. Kat dalam bilik tu ada tangga untuk ke tingkat 2. 1 katil queen tingkat bawah dan 2 katil bujang + bilik air kat tingkat atas. Siap ada 2 aircond lagi..Fuhh…sejuk beb !!

Malam tu jugak, kami berbincang dengan Alep dan Jazli (wakil FZ Terengganu) untuk plan perjalanan esok. Setelah berbincang, kami ikut plan asal. Pagi ke Air Terjun Sekayu, kemudian ke Masjid Kristal dan ke Teluk Ketapang. Kemudian, masing-masing buat hal sendiri sampaikan den pun tak sedar pukul berapa den tidur. Yang den ingat, den tunggu turn untuk mandi. Last2…hanyut dibuai mimpi. Haha…kira hari tu 1 hari den tak mandi !!

Pagi tu kebanyakan dari kami bangun lambat. Hehe..Jam 9 pagi, masing-masing kelaparan. Kami pun keluar mencari tempat breakfast. Pusing punya pusing, akhirnya jumpa satu kedai makan bersebelahan dengan Memorial Batu Bersurat. Hajat asalnya nak bergambar kat memorial tu selepas check out homestay, tapi masing-masing terlupa.

Sarapan pagi di memorial Batu Bersurat

Masing2 rancak berborak

Selesai je sarapan, kami pulang ke homestay dan bersiap-siap untuk mandi di Air Terjun Sekayu. Jarak antara homestay ke Air Terjun Sekayu adalah 17.3 km. Kiranya lebih kurang setengah jam untuk sampai ke sana. Dalam perjalanan ke sana, tak pasal-pasal ada seekor lebah ni langgar peha den. Tu dia, perit bak hang !! Den tak pasti la kena sengat ke apa. Elok je sampai tempat tu, den cepat-cepat buka seluar dan sapukan sedikit air liur kat kat tempat kena sengat tadi. Haha..masa ni memang tak fikir malu dah. Lantak pi la sape nak pandang. Pasal air liur tu den teringat pesan orang-orang tua supaya sapukan air liur kat tempat kena sengat. Alhamdulillah, berkesan. Tak rasa sakit lepas tu. Cuma kesan bengkak masih ada. So, den belanja gambar masa kat Air Terjun Sekayu yer. 

 

Siap sedia untuk mandi

Tiba di Air Terjun Sekayu

Jangan lupa bayar yer

Cantik je parking

Selfie dulu oii…

Gambar candid jugak di Fikri ni ambil

Yeah…saya dah sampai Sekayu

Selfie dulu kat signboard ni

Kanak-kanak keriangan

Inilah salah satu air terjun kat Sekayu. Bahagian atas ada lagi, tapi tak larat nak naik.

Meninggalkan kenangan kami di sini.

Sempat lagi bergambar sebelum balik.

Dalam Jam 12 tengah hari, kami bersiap untuk pulang ke homestay. Memang puas hati mandi kat sini. Alhamdulillah cuaca pun ok masa kami datang. Cuma biasalah, mana-mana air terjun pun, kalau hujan sangat2 tak digalakkan untuk mandi sebab dikhuatiri kepala air akan datang. Setelah sampai di homestay, kami baru perasan ada 3 orang takde, si Alep, Bachok dengan Apis Bambam. Izani dapat message dari ayahnya yang 3 orang tu tengah menolak motor. Masih menjadi tanda tanya, motor siapa yang rosak?

Setelah menunggu 10 minit, barulah mereka sampai dan rupa-rupanya motor si Alep kehabisan minyak. Huhu..kemudian, kami bersiap-siap untuk check out. Tapi dah ditentukan olehNya, hujan turun dengan lebat. Kami menunggu di homestay hinggalah hujan reda. Pada masa yang sama, seorang lagi wakil FZ Terengganu, Tok Wan telah menunggu kami di kedai makan. Jadi, selepas je hujan reda, kami pergi makan tengah hari di kedai makan tersebut (Restoren Kak Zah Selera Kampung). Banyak pilihan makanan kat sini. Cuma satu je, makan kat sini agak mahal. Setanding harga di Tg Malim. Berbanding dengan makanan di Kelantan, jauh lebih murah. Hehe…jangan marah ye orang Ganu. Maybe kedai tu je kot yang mahal. Haha..

Di kedai makan tu jugak kami berpisah dengan Alep dan Fikri. Fikri kena balik sebab esok (Isnin) dia kerja manakala si Alep balik ke Segamat. Jadi perjalanan kami diambil alih oleh Tok Wan.

 

Siap sedia untuk check out. Inilah pemandangan homestay Kuala Berang.

Hujan lebat, seolah-olah tak nak bagi kami balik jer.

Masih menunggu hujan reda.

restoren_kakzah

Restoren Kak Zah **kredit gambar dari Google**

Selesai sahaja makan, Tok Wan bawa kami berjumpa dengan Jazli dan rakan-rakannya. Maaflah, den tak ingat siapa lagi yang follow Jazli masa tu. Kami jumpa Jazli ditepi jalan. Tokwan tak dapat nak follow sebab kena ambil orang rumah masa tu. Cuma katanya dia akan datang masa kat Teluk Ketapang nanti.

Kami tiba di Masjid Kristal Jam 4.30 petang. Kebetulan masa tu nak masuk waktu Asar. Ini kali kedua den datang Masjid Kristal. Jadi, takla teruja sangat bila sampai. Hehe.. cuma den bagi peluang kat member FZTM yang lain untuk melawat kawasan kat dalam.

Selfie dulu kat Masjid Kristal.

Motor den pun nak selfie jugak.

Geng2 FZTM. Hampeh korang, bergambar tak ajak den.

FZTM di Masjid Kristal

Setelah bergambar di Masjid Kristal, kami meneruskan perjalanan ke tempat jual losong. Sempatlah den beli losong kat Kedai Kak Lah Keropok Losong untuk famili kat rumah. Sebatang yang besar tu RM1, jadi den beli 10 batang. Rugi pula tak bergambar masa ni.

Kedai Kak Lah Keropok Losong **sumber : Google**

Seterusnya kami bergerak ke Teluk Ketapang. Dulu lokasi ni den dengan abg den pernah datang untuk merasa masakan udang celup tepung. Masa tu kami tengah Ride Semenanjung Malaysia (boleh rujuk kat sini : Le Tour De Peninsula – Hari Kedua). Memang terbaik !! Tapi tah macam mana, bila den sampai sana Jam 5.30 petang, tak terasa nak makan pun udang celup tepung tu. Huhu..Takpelah, sebelum ni dah merasa kan? Den hanya layan ABC jer. Boleh tahan jugak sedapnya. Agak lama juga kami kat sini, sampai masuk waktu Maghrib. Member2 FZTM yang lain ambil peluang untuk pusing2 kawasan tersebut. Den pun cadangnya macam tu jugak, tapi memandangkan ramai geng FZ Terengganu kat tempat makan tu, jadi den temanlah dia orang.

Setelah masuk waktu Maghrib, kami solat di surau berdekatan. Huhu..agak scary sebab takde elektrik. Maybe surau tu dah lama tak digunakan. Nyamuk jangan cakaplah, rasanya mau 10 ekor nyamuk hinggap kat kaki den masa solat. Hanya Allah je tau azab menahan gigitan nyamuk masa tu. Huhu..

 

Layan ABC di Teluk Ketapang

Selesai sahaja solat jamak maghrib dan isyak, kami meneruskan perjalanan ke Shell untuk isi minyak sebelum ke Tol Kuantan. Kalau tak silap, shell tersebut adalah Shell Bukit Berengan dan jarak antara shell ke Tol Kuantan adalah 203 km. Masa ni den isi minyak RM19.50 untuk shell Ron97.

Standby untuk bergerak ke Kuantan

Perjalanan melalui LPT 2 amat mencabar. Seolah-olah kami sedang naik bukit. Throttle dah tak boleh pulas lagi dan meter maksimum boleh pergi 120 km/j jer. Angin malam memang terasa kuat. Kemudian, pada Jam 9.30 malam, kami berhenti rehat di Hentian Rehat Kijal Arah Selatan.

tganu (1.33)_2

Berhenti rehat di Hentian Rehat Kijal Arah Selatan

Tepat Jam 9.50 malam, kami meneruskan perjalanan ke Tol Kuantan. Perjalanan mengambil masa 50 minit dan kami tiba di Tol Kuantan Jam 10.40 malam. Di sini, kami menunggu geng2 dari FZ Pahang untuk menjemput kami.

Fuuhh…Sekian untuk penceritaan hari kedua. Nanti den sambung pulak cerita untuk hari ketiga di Pahang yer. Ponek dah ni..Hehe

 

route1

Shell Tok Bali – Shell Pantai Merang – Unisza – Shell Wakaf Tapai – Rumah Rehat Kerajaan Kuala Terengganu | 167km | http://tinyurl.com/route1-ganu

route2

Rumah Rehat Kerajaan Kuala Terengganu – Memorial Batu Bersurat – Air Terjun Sekayu – Restoren Kak Zah Selera Kampung – Masjid Kristal – Kedai Kak Lah Keropok Losong – Teluk Ketapang – Shell Bukit Berengan – Tol Kuantan | 303 km | Link Map : http://tinyurl.com/route2-ganu

So, kesimpulan hari kedua :

Jalan yang dilalui : Shell Tok Bali – Shell Pantai Merang – Unisza – Shell Wakaf Tapai – Rumah Rehat Kerajaan Kuala Terengganu – Memorial Batu Bersurat – Air Terjun Sekayu – Restoren Kak Zah Selera Kampung – Masjid Kristal – Kedai Kak Lah Keropok Losong – Teluk Ketapang – Shell Bukit Berengan – Hentian Rehat Kijal – Tol Kuantan

Jarak perjalanan : 486 km (Shell Tok Bali – Tol Kuantan)

Isi minyak :

RM21.00 @ 8.57 Liter (Ron97 Shell – Shell Tok Bali) +
RM19.50 @ 7.96 Liter (Ron97 Shell – Shell Bukit Berengan)
= 16.53 Liter
= RM40.50

Masa : Shell Tok Bali (Jam 6 petang | 7 Nov) – Tol Kuantan (Jam 10.40 malam | 8 Nov) = 28 jam 40 minit

 

 

Daripada :

jiwa rider