Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ni den nak cerita pengamalan den bersama Fzian Tg Malim (FZTM) menyertai Ride Pantai Timur pada 6-9 November 2015. Bermula pada Jumaat malam (6 Nov) hinggalah Isnin malam (9 Nov), 3 hari 4 malam.
Ride ni telah dirancang sebulan sebelum event lagi. Namun,hanya 8 orang sahaja yang sanggup turun. Yang lain macam biasalah, last2 minit mesti ada perkara yang tak dapat dielakkan. Ada hal famili, hal kewangan, hal assignment. Nak buat macam mana kan?
Ride kali ini juga merupakan ride paling jauh dalam event FZTM. Ride paling kental dan ride paling lama setakat ni.
Perkara yang paling susah untuk den buat keputusan adalah ride melalui Gerik pada waktu MALAM !!
Yup, tanyalah mana-mana rider, memang dia orang tak suggest untuk lalu Gerik pada waktu malam. Dengan pelbagai cerita binatang melintas, binatang tidur di atas jalan dan paling gerun, kalau si Gajah datang melintas. Huhu..
Tapi den tawakkal, memang berserah 100% pada Allah SWT dengan harapan perjalanan kami selamat pada malam tersebut.
Perjalanan bermula dari BHP Tg Malim Jam 9 malam. Lokasi RV biasa bagi FZTM. Den tiba lewat sikit, sekitar Jam 9.30 malam. Masa tu ada beberapa ahli FZTM lain yang turut hadir memberi sokongan, antaranya Naiz, Apis Joe, Azrul, Atok dan Syamil. Thankz korang sebab sudi turun untuk menemani kami bagi sesi perlepasan. Kebetulan malam tu si Syamil nak balik Ipoh, kami alang2 satu laluan, dia pun follow kami dan exit di Ipoh nanti. Tepat Jam 10.15 malam, kami meneruskan perjalanan ke Petronas Behrang 2020. Si Hakim R15 tunggu kat sana. Tapi yang buat den frust, masa den sampai dia takde. Baru nak gerak dari rumah. Adooiii…tunggulah kejap dalam 5 minit.
Selepas si Hakim tiba, kami meneruskan perjalanan melalui Tol Behrang. Masa tu baru den teringat, hari Jumaat malam. Banyak kereta ke Utara. Nak tak nak kami terpaksa menyelit di tengah-tengah jalan. Hujan pula mula turun rintik-rintik. Namun, alhamdulillah..perjalanan kami lancar hingga ke RnR Sg Perak Jam 12.30 malam. Kat sini kami pickup Hafis Bambam, Haqem dan Fikri. Kebetulan masa kami sampai, kami terserempak dengan Zulhisyam dan Luqman. Dia orang pun plan nak balik kampung malam tu.
Selepas 15 minit, kami meneruskan perjalanan ke Gerik melalui Tol Kuala Kangsar. Seperti yang dijangkakan, jalan sangatlah gelap. Den yang jadi pilot kat depan terpaksa main high beam. Tu pun belum cukup terang lagi !! Adeiyh..kena pakai sportlight la lepas ni. Setelah perjalanan 1 jam 30 minit, kami berhenti seketika di Shell. Tak taulah apa nama shell ni, yang pasti ni stesen minyak terakhir sebelum sampai ke puncak Banjaran Titiwangsa. Masa ni tak dapat nak share location sebab line tak ok. So, den belanja sikit gambar kat shell yer.
Selepas berehat dalam 30 minit, kami meneruskan perjalanan ke puncak RnR Banjaran Titiwangsa. Jalan dari kaki bukit agak santai. Namun, bila dah hampir dengan puncak, lebih banyak corner. Malangnya keadaan sangat2 gelap ditambah pulak dengan lori dan bas. Kalau tak memang den layan corner masa ni. Haha..
Kami tiba di puncak RnR Banjaran Titiwangsa tepat Jam 4.00 pagi. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sejuknya kat puncak ni. Ikut pengalaman den, kat sinilah cuaca paling sejuk, mengalahkan cuaca sejuk kat Cameron Highlands dan Genting Highlands. Lebih menyedihkan, kedai kat sini tutup !! Keadaan sekeliling memang gelap. Selepas bersiap, kami ke surau untuk tidur. Sekali lagi, elektrik takde. Errmm…tidur bergelap la kami malam tu. Ditambah pulak dengan kesejukan melampau. Huhu..
Malam tu tak boleh tido sangat. Hanya mampu tido 2 jam sahaja. Jam 6 lebih kami dah bangun dan solat Subuh. Dalam Jam 7 lebih kami dah bersiap2 untuk gerak bersarapan di kaki bukit. Jadi, den belanja sikit gambar masa bersiap2 untuk bergerak.
Pergerakan kami pada pagi tu lebih awal dari masa sebenar. Sepatutnya Jam 8 pagi baru kami bergerak, tetapi pagi tu Jam 8 pagi kami dah sampai kedai makan Kiey Taa, di Kampung Bukit Lakota. Apabila masuk je kedai makan, kami agak pelik sikit sebab hidangan lauk makan tengah hari dah ada.
Kami pun tertanya, “Aik, cepatnya hidang lauk tengah hari?“
Rupa-rupanya memang style makan kat Kelantan macam tu. Kalau kat Tg Malim, Jam 10 pagi baru start hidang makanan tengah hari. Jadi, den taknak la makan awal sangat lauk tengah hari, den pun order nasi lemak. Nyum2..sedap bro..
Destinasi seterusnya adalah Bukit Bunga. RV bagi kami dan FZ Kelantan. Jarak pun tak jauh dari lokasi sarapan tadi. Jadi kami tiba di Petronas Bukit Bunga Jam 8.55 pagi.
Dalam 15 minit menunggu, akhirnya geng FZ Kelantan pun tiba. Setelah berbincang dengan wakil Kelantan, Miji. Kami pun bergerak ke Masjid Beijing. Memang unik masjid ni dengan ukiran dari Negara China.
Lokasi seterusnya adalah Rantau Panjang. Kalau cukup masa, memang kami nak berjalan2 kawasan ni. Tapi memandangkan kesuntukan masa, kami juz singgah ambil gambar jelah.
Selepas Rantau Panjang, kami terus bergerak ke Warung Ibu, Pasir Mas. Tempat ni den dan adik beradik den selalu singgah. Memang terbaik coconut shake dia. Cuma agak menyedihkan, ianya tak sama seperti mula2 kami datang dulu. Kalau dulu gelasnya besar, memang puas hati makan.
Setelah kekenyangan melayan coconut shake, kami ke Kota Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali dengan nama Dataran Al Quran. Cuaca masa ni agak panas, maklumlah tengah hari. Agak lama kami berehat di sini sampai menunggu masuknya waktu Zuhur. Setelah selesai solat, pada Jam 2.30 petang, kami bergerak ke Pantai Irama.
Lebih kurang Jam 3 lebih, kami selamat sampai di Pantai Irama. Lokasi terakhir kami bersama FZ Kelantan. Disebabkan masing2 dah kekenyangan, kami tak jadi nak makan kat sini. Semua ambil kesempatan cuci mata melihat keindahan Pantai Irama sambil menghirup udara segar. Tak ketinggalan juga, masing2 ambil kesempatan untuk tidur kat atas batu tersebut. Maklumlah, malam tadi tak cukup tidur. Dengan den sekali hayut dibuai mimpi. Hehe..
Masa tengah lepak2 tu, kami di datangi oleh otai fz, iaitu Pilot Osama. Alhamdulillah, setelah sekian lama nak berjumpa, akhirnya hari tersebut baru ada rezeki bertentang mata. Sebagai tanda kenangan, kami sempat mengambil gambar bersama.
Lebih kurang Jam 5 petang, kami berpisah dengan FZ Kelantan. Thankz korang sebab sudi bawak kami jalan2 sekitar Kelantan.
Lokasi seterusnya adalah rumah nenek rakan kami, Bachok. Haha..kami panggil dia Bachok dan kebetulan nama tempat tu pun Bachok. Sampai di sini, kami rehat2, minum2, cuci muka. Den ambil kesempatan masa yang ada untuk setup GPS. Lepas ni lokasi kami adalah Terengganu.
Masa ni juga memang geli hati den dibuatnya. Telinga sebelah kiri dengar walkie talkie, manakala telinga sebelah kanan dengar GPS. 1st time den buat macam ni. Penuh wayar kat leher den.
Jadi, selesai sudah Ride Pantai Timur Hari Pertama di Kelantan.
So, kesimpulan hari petama :
Jalan yang dilalui : Tg Malim – RnR Sg. Perak – Kuala Kangsar – Gerik – RnR Banjaran Titiwangsa – Bukit Bunga – Masjid Beijing – Rantau Panjang – Pasir Mas – Kota Bharu – Pantai Irama
Jarak perjalanan : 494 km
Isi minyak : RM13 @ 6.34 Liter (Ron95 Shell – Shell Gerik)
Masa : Tg Malim (Jam 10 malam | 6 Nov) – Pantai Irama (Jam 5 petang | 7 Nov)
Daripada :
Komen Terkini