MyT Major Service

Assalamualaikum semua…

Alhamdulillah, dah masuk tahun 2022. Tahun lepas hanya ada 1 post sahaja. Haha..

Nampak tak den jarang ride?

Itu pun post berkaitan dengan servis minyak hitam. Tu dia…bulan ni cukup la setahun den tak tukar minyak hitam. InshaAllah dalam masa beberapa hari nanti den akan tukar minyak hitam. Sekarang ni tengah tunggu order dari Shopee. Nak pakai minyak hitam apa kali ni? Tunggu….

Baik, bagi pengguna big bike..antara perkara yang paling DILEMA tentang motor adalah berkaitan dengan MAJOR SERVICE. Kenapa DILEMA?

Sebab kos untuk major service ni boleh mencecah harga RM1000. Tapi bergantung juga pada barang yang kena tukar. So lazimnya, major service ni berkaitan dengan valce clearance atau bahasa pasar dipanggil adjust tepet. Dalam buku manual Yamaha Tracer, ada ditulis major service perlu dibuat setiap 40 000 km.

So bila nak adjust tepet tu, of cos la kena buka head dan radiator. Alang-alang dah buka tu, disarankan tukarlah sekali plug, coolant dan air filter. Yela, bukan selalu nak buka kan? Kalau den, memang tak reti la nak buka sorang-sorang. Hahaha…

Jadi kisahnya, nak buat valve clearance ni den dah usyar kat FB. Lepas tu terjumpa satu page BikeBayz. Tengok post pada page tu memang banyak pengguna MT09 dan Tracer yang hantar ke BikeBayz. Jadi boleh dikatakan trusted bengkel la. Kemudian, tak lama selepas tu, kawan den, Hilmi. Dia pakai MT09 dan dia bagitau nak buat valve clearance. Bila den tanya nak buat kat mana? Dia kata kat BikeBayz..Hahaha, memang kebetulan kan?

Jadi tahun ni den cari masa yang sesuai dan kebetulan ada cuti sekolah pada Tahun Baru Cina. Den mesej owner BikeBayz, deal tarikh dan anggaran kos yang perlu dibayar. Den bagitau nak hantar pada 29 Januari 2022, Hari Sabtu. Tapi den bagitau owner tersebut nak minta hantar awal Jam 9 pagi sebab ada plan nak ke kenduri kahwin kat Bangi. Kalau ikutkan bengkel buka pada Jam 11 pagi.

So pagi tu den gerak naik MyT manakala wife den naik kereta. Kami dah set kat google map jumpa kat Shell dahulu sebelum gerak ke bengkel tersebut. Yela, mula-mula je gerak sekali, nanti bila dah jalan, tempuh banyak kereta dan traffic light, confirm tak dapat follow dekat-dekat. So nak jadi cerita, wife den set guna Waze. Sekali pandang pada waze tu nampak macam betul dah Shell yang kami nak jumpa nanti. Tapi bila atas jalan, wife den kat depan, den kat belakang. Bila lalu depan Shell tu rileks je wife den terus, tak masuk Shell tu. Den bagi high beam, tapi wife den tak perasan. Adeiyh..dah la masa tu den set google map kat Shell je. Sebab cadangnya nak tukar ke lokasi bengkel lepas tu. Sekali wife den tak berhenti daa…Nak tak nak, den cari tempat selamat depan tu dan berhenti kat tepi. Set semula ke lokasi bengkel dan u turn. Bila sampai je kat bengkel, den call wife. Tu dia, dah nak sampai Pelabuhan Klang. Hahaha..Pening la waze, tunjuk arah mana tah.

Ok..bersambung cerita kat bengkel tadi.

Ada la 10 minit den tunggu, lepas tu datang la owner BikeBayz. Dia tolak motor masuk ke dalam bengkel dan sempat la kami berborak sat. Tak lama lepas tu, wife den pun sampai. Hahaha..

Hantar hari Sabtu..Ahad tutup. Isnin pagi den mesej semula. Alamak…tak seen pun. Busy kot. Yela, dia sorang je pomen kat situ. Haha..malam tu baru dia balas mesej. Katanya kena tukar 10 shims. Tu dia..banyak tu. Tak lama tu dia call. 

Dia tanya, “Motor ni pernah naik dyno ker?” 

Den jawab “A’ah..owner lama pernah bagitau motor ni pernah naik dyno. Siap bagi video lagi.” 

Pastu dia tanya “Guna Woolich ker?” 

Den jawab “Alamak..saya tak tahu la pula..Nanti saya cari semula video dari owner lama.”

Alhamdulillah jumpa dan den terus hantar pada dia. So kat bawah ni den masukkan screenshot perbualan kami.

So daripada screenshot tersebut, maka dapat dikesan owner lama telah naik dyno menggunakan file yang salah iaitu file MT09. Dan paling sedih sekali, kuota untuk tune file tersebut dah penuh. Maka terpaksalah kena tune dengan file dan kuota yang baru. Harga sebenar untuk flash dan tune adalah RM1500, tapi owner bagi diskaun RM1350. Tu dia…menangis den kat bucu katil. Hahaha..😂

Esoknya pada pukul 2 petang, den gerak sekali dengan wife naik kereta. Kali ni lokasi dyno kat Setia Alam. Dekat dengan bengkel baru BikeBayz. Apabila dah sampai sana, rupanya tak start dyno lagi. Baru nak setting. Haha..den kesian kat wife je, sebab kami skip lunch kat umah tadi sebab nak kejar masa. Pastu den mesej wife, suruh dia pusing-pusing cari tempat makan. So, den pun masuk sekali dalam bilik dyno tu. Inilah 1st time den masuk. Dapatlah tengok dia tekan-tekan kat komputer. 

Lepas tu den tanya, “Lama ke nak dyno ni?”

Dia jawab, “Sampai minyak cantik bang”

Den pun angguk jela. Hahaha…😂

Kemudian, dia pun pulas la motor den. Tu dia…bising giler. Ada sekali tu ekzos meletup, keluar api. Terkejut den! Hahaha..Ok, den belanja la sikit gambar dan video dalam bilik dyno tu. Ambil kejap je video..Hehe..😁

 

Daripada dyno ni nampak la perbezaan dari segi horsepower dan torque.

💥Horsepower (HP) : 108.75 kepada 112.23

💥Torque : 82.24 kepada 84.55

Graf yang bawah tu pula adalah graf AFR (Air Fuel Ratio). Menurut pomen tu bacaan AFR cantik adalah 12.8 (garisan putus-putus). So, kalau tengok GRAF BIRU tu cantik je dekat garisan AFR. GRAF MERAH pula adalah SEBELUM TUNE. So graf tu kat bawah means minyak kuat. Patutlah selalu bunyi letup-letup. 😂

Sedar tak sedar, hampir sejam juga dalam bilik dyno tu. Lepas tu, pomen pun bawa keluar motor. Kemudian, dia tanya.. “Nak buka 02 sensor tak? Sebab tak pakai pun. Kita dah set minyak cantik. Lepas tu dah off function 02 sensor”

Tu dia..ada juga function untuk off. Den pun setuju jela. Yela, selama ni naik lampu enjin sebab 02 sensor detect air dalam ekzos bila hujan. Kalau ikutkan memang ada lubang halus kat ekzos. Yang ni memang kena teliti la nak tengok. Kemudian, pomen suruh test motor kat jalan lurus. Masa ni den perasan kat meter Mode A. So, den tukar la ke Mode STD sebab den dah biasa guna Mode STD. Bila test tu, YESS..memang rasa ringan motor. Sedap je tarik..Lepas tu dah sampai depan kedai dyno, pomen perasan den tukar mode STD..Hahaha…dia kata pakai Mode A je. Tak perlu guna Mode STD sebab setting dyno tadi guna Mode A. Den pun tersengih jela..Hehe..😄

Apabila dah siap semua, den pun transfer bayaran untuk major service + flash + dyno. Berapa jumlahnya tu? Hehe..tengok kat bawah yer..😄

Lepas je siap semua, hujan turun dengan lebat. Den tinggalkan motor dulu dan pergi teman wife tengah makan kat kedai mamak. Hahaha..kalau sebelum ni, memang wife den taknak masuk kedai mamak. Hehe..Den tolong habiskan roti tisu yang wife den makan. Katanya manis, muak nak makan. 🤣

Setengah jam juga kami tunggu hujan berhenti. Kemudian, kami gerak semula ke bengkel dyno tersebut. Lepas dah borak-borak dengan pomen, kami pun gerak balik ke rumah Puchong. Nak tahu macam mana feel lepas major service + dyno? Tunggu post seterusnya yer…Hehehe…😄

Daripada :