Assalamualaikum semua…
Hari ni den cerita tentang 4th service MyT. Kali ni suasana berbeza kerana masih dalam Musim PKP. Sebelum tu, kalau anda ingin baca cerita tentang servis MyT, boleh tekan link dibawah yer..
So, kalau sebelum ni masa 3rd service den pakai minyak enjin Petronas F900. Minyak ni memang sedap dipakai terutamanya masa mula-mula…memang smooth je rasa. Tapi adakalanya bila dah lama pakai, akan ada rasa keras sikit nak masuk gear. Berapa millage tu den tak ingat la pula. Minyak ni den pakai sampai 5710.6 km. Lajak 710.6 km…Hehe…
Kalau anda masih ingat lagi masa 3rd service MyT, punyalah susah den nak buka nut dan oil filter. So, daripada kisah tersebut, untuk 4rd service, den try panaskan enjin dulu dalam masa seminit. Dah hasilnya…Ya Allah, tersangatlah senang nak buka nut dan oil filter. Nak buka oil filter tu den pulas sikit je dah terbuka. Memang betul la tips yang kawan den bagi. Dia kata kena panaskan enjin dulu. Kalau tak, sampai hancurlah oil filter den kerjakan. Hahaha…
So untuk 4rd service kali ni, den pakai minyak enjin Yamalube Fully Synthetics 10-40 dan Oil filter 1 WD. Kali ni kena save bajet sikit dan kebetulan musim PKP ni hanya duduk dirumah sahaja. So tak banyakla berjalan. Save bajet sebab sebelum ni banyak habiskan duit untuk baiki motor FZ. Total baiki + sewa 4×4 + minyak + upah minta pomen datang amik den kat maktab lebih kurang RM 1000. Huhu…pisang beb !!
Kos untuk servis kali ni adalah :
Yamalube Fully Synthetics 10-40 : RM 25.20 x 3 botol = RM 75.60
Oil filter 1 WD : RM 18.90 x 1 unit = RM 18.90
Total = RM 75.60 + RM 18.90 = RM 94.50
Barang-barang ni semua den beli kat shopee. Oklah, rasanya itu sahaja den nak kongsi untuk 4rd service MyT. Rumusan untuk servis motor den, boleh tengok kat bawah yer.
Rumusan Servis :
Kali Pertama :
EO Yamalube 10-40 Fully = 3 x RM31 = RM111
OF = RM31
Kos Total = RM142
Bacaan meter : 22910 km
Penggunaan : 5235 km
Kali Kedua :
EO Silkolene Pro 4 15-50 Fully = 3 x RM52 = RM156
OF = RM26
Kos Total = RM182
Bacaan meter : 28145 km
Penggunaan : 5902 km
Kali Ketiga :
EO Petronas F900 Fully = 3 x RM40 = RM120
OF = RM17
Kos Total = RM137
Bacaan meter : 34047 km
Penggunaan : 5710.6 km
Kali Keempat :
EO Yamalube 10-40 = RM 25.20 x 3 botol = RM 75.60
OF = RM 18.90
Kos Total = RM 94.50
Bacaan meter : 39758 km
Daripada :
Komen Terkini