Salam semua..
Hari ni den nak sambung cerita den touring semenanjung malaysia bulan 9 yang lepas. Sebelum tu, den nak perkenalkan dulu nama event ini iaitu Le Tour De Peninsula (LTDP). Hahaha..dah macam event Le Tour De Langkawi la pulak. Dengan adanya nama event ni, den pun cuba la create satu logo sticker untuk ditampal pada motor nanti. Haa..tengok logo sticker kat bawah ni. Cantik tak? ^__^
Minta maaflah yer. Den newbie je.Tak pandai pun nak design cantik-cantik.
Ok, back to our point.
Malam sebelum hari kejadian, den ada terima message daripada Presiden NRC, Angah.
Angah : Salam Cikgu..tido dah ke?.
Den : Belum lagi..tengah kemas barang.
Angah : Ohh..maaf ganggu cikgu..angah set dengan budak-budak ni pukul 630 pagi untuk Flag Off. Ada jugak masa untuk borak-borak. OK?
Den : Ok-ok..ramai ke?
Angah : Tak de lah ramai Cikgu..Tapi insyaallah mana yang free akan turun. Ok..just give full support.
Den : Ok..Thankz a lot.
Huhu..sungguh terharu den. Ada juga member yang sanggup nak bagi support.
Malam tu jugak, den dengan abg den mula check motorsikal buat kali terakhir. Dan yang paling penting adalah tampal sticker LTDP kat box. Besar gedabak..senang bila orang lalu tepi akan nampak sticker kami. Hehe..
======================================================
7 Sept 2013 – Jam 530 pagi.
Fuuhh…awal betul den bangun. Semangat punya pasal.. ^__^
Den kejut abg den..kami mandi dan bersiap. Pada mulanya nak gerak awal, jam 630 pagi. Tapi disebabkan abah den buatkan sarapan, terpaksa kami hold dulu. Masa tu den terus message angah, minta maaf sebab terpaksa turun lambat, kena bersarapan dulu.
Alhamdulillah…kenyang..
Kami terus bersiap di depan rumah. Panaskan enjin motor. Pakai sarung kepala (mask), vest, kasut dan helmet. Segala persiapan telah lengkap. Kami bersalaman dengan mak dan abah. Minta restu dan doakan kami agar kami selamat sepanjang jalan. Dengan lafaz Bismillah, kami teruskan perjalanan ke Shell Tol Senawang, tempat group NRC berkumpul menanti ketibaan kami.
Setibanya di Shell, den terus isi minyak, bagi full. Abg den beli minuman dan roti, buat bekalan sepanjang jalan. Tak lupa juga bateri, untuk kegunaan pada kamera. Sambil ride, sambil tangkap gambar la kan?
Selepas tu, den dan abg den bersalaman dengan ahli group NRC. Yang datang masa tu Angah, Joe, Wan dan Raii. Thankz you all..Kami berborak kejap dan terus ambil gambar buat kenangan. Sebelum bergerak, Angah sebagai wakil NRC membacakan doa untuk perjalanan kami.
Kami bertolak tepat Jam 8.00 pagi. Masa ni den yang bawak. Terus masuk highway menuju ke Selatan.
Lebih kurang 5 km sebelum masuk susur ayer keroh, kelihatan jem teruk. Daripada 3 lorong kepada 1 lorong je. Den pun pelik, ini mesti ada excident kat depan. Memang betul..excident yang teruk. Sebuah lori telah melanggar sebuah lori yang sarat dengan muatan kayu. Akibat pelanggaran tersebut, banyak kayu bertaburan di atas jalan raya. Macam mana keadaan pemandu, den pun tak pasti. Harap-harap semuanya selamat. Kat bawah ni gambar lori yang excident tu.
Perjalanan diteruskan lagi. Lebih kurang jam 9.25 pagi. Kami selamat sampai di RnR Pagoh. Kami berehat kejap. Sepanjang perjalanan tadi, hujan turun rintik-rintik. Nasib baik tak lebat. Time ni paling sedih, sebab apa? sebab sticker yang den buat tak melekat dengan kuat. Habis rosak. Tapi den cuba jugak lekatkan semula. Sampai mana bertahan tak tahu la.
Seterusnya, kami teruskan perjalanan ke susur Kulaijaya. Sampai sahaja di Tol Kulaijaya, kami berhenti kejap. Masa tu dah jam 11.06 pagi. Alhamdulillah..dari Tol Senawang sampailah ke sini, minyak masih banyak lagi. Baru separuh beb ! Jarak perjalanan Tol senawang ke Tol Kulaijaya adalah 229 km. Kira ok la kan? Sebab bawak pun tak laju, 100-110 km/j je. Ini den belanja sikit gambar masa kat Tol Kulaijaya.
Jam 11.15 pagi, kami gerak ke destinasi seterusnya. Masa ni memang mencabar sebab 1st time lalu kat sini. So, memang takde pengalaman langsung dan tak tahu macam mana rupa jalan dan bentuk muka bumi kat sini. Kalau kat highway tu biasala kan? Dah tau apa yang ada kiri dan kanan. Kita orang teruskan perjalanan selama 15 minit sehinggalah tiba di Shell. Masa ni kena isi minyak, ambil langkah selamat sebab tak tau kat mana lagi ada stesen minyak. Tu dia..isi minyak sampai RM23.54. Awat mahal sangat? Hehe..untuk makluman, kami pakai Ron97 yer. Bukanlah nak berlagak kaya, tapi itulah yang terbaik. Bagi kami, untuk perjalanan jauh, better pakai Ron97 sebab penggunaan minyak lebih menjimatkan. Dalam gambar kat bawah ni masa tengah isi minyak. Jumlah sebenar adalah RM23.50 (cashier kat shell tu tak de duit kecik kot).
Kami teruskan perjalanan seperti biasa. Waktu dah tengah hari, faham-faham la kan. Dengan panas lagi. Perut pulak dah minta untuk diiisi. Tepat jam 12.35 tengah hari, kami berhenti makan kat Gerai Hutan Lipur Panti. Apa lagi, layan nasi lemak beb ! Serius, memang sedap nasi lemak kat sini. Meh sini den belanja gambar.
Perjalanan dari Tol Kulaijaya ke tempat makan tadi dalam 57 km. Tepat jam 1.00 petang, kami terus gerak ke Mersing. Masa ni abg den pulak yang bawak. Jalan nak ke Mersing punyalah teruk. Jalan bertampal merata-rata. Haha..minta maaf ye orang Mersing. Den hanya laporkan apa yang den lalui. ^__^
Kita orang sampai kat Mersing dalam jam 2.10. Masa ni kita orang berhenti la kejap dan ambil beberapa gambar.
Dari Mersing nak ke Kuala Rompin dah tak jauh. Dalam setengah jam je. Masa ni hanya Allah je yang tau. Cuaca agak mendung. Awam gelap kat bahagian atas kepala kami. Dalam hati, den doa banyak-banyak.
“Ya Allah, tangguhkan dulu hujan Ya Allah. Selamatkanlah perjalanan kami agar kami sempat sampai ke destinasi seterusnya.”
Alhamdulillah, permintaan den dimakbulkan. Kami berhenti rehat kat Petronas Rompin 2. Masa tu jam 3.07 petang. Jarak perjalanan dari tempat makan (Gerai Hutan Lipur Panti) ke Rompin adalah 147 km.
Kita orang rehat kejap je. Sempatlah abg den perkena sebatang rokok. Haha..
Jam 3.30 petang, kami teruskan perjalanan ke Pekan, Pahang. Kita orang sempat singgah bergambar di tepi pantai. Nama pantai pun den tak ingat.. ^__^
So, den belanja gambar je la ek.
Tepat jam 4.40 petang, kami selamat sampai di Pekan. Macam biasalah, ambil gambar dulu. Buat kenangan la katakan.. ^__^
Target kami nak ke Kuantan tergendala. Jam 5.03 petang hujan turun dengan lebat. Masa ni kami decide untuk berhenti solat kat Masjid Kg. Tanah Putih. Lepas solat, den baru ingat nak baring, sekali kena marah dengan abg den. Haha..takut nanti dah baring kang memang malaslah nak gerak semula. Lepas tu kami terus tukar pakaian, pakai baju hujan. Hujan beb, sayang jaket. Hehe..Kita orang kat masjid lebih kurang sejam. Jam 6.00 petang, kita orang teruskan perjalanan ke Kuantan. Lupa pulak nak bagitau, jarak perjalanan dari Rompin ke Pekan adalah 100 km.
On the way nak ke Kuantan, kami berhenti kat Esso Kg. Sg. Isap untuk isi minyak. Full tank masa ni adalah RM26.99. Kira RM27 la kan? Lepas isi minyak, kamera dan hp terpaksa kami simpan sebab hujan. Minta maaf ye kawan-kawan, memang tak dapat nak ambil gambar lepas tu. Dengan sejuk lagi. Huhu..
Tepat jam 7.00 petang, kami selamat sampai di Kuantan. Masa ni memang mencabar emosi, puas kami pusing-pusing area Kuantan nak cari hotel. Semuanya PENUH !! Rupanya baru kami perasan masa tu ada event Astro kat padang kawasan bandar. Alahai, apalah nasib. 2 jam kami pusing-pusing kat area Kuantan dan akhirnya dapatlah satu hotel ni. Itupun dah tinggal bilik last. Sewa bilik hotel RM40, jadilah..dah penat kita orang mencari tempat penginapan. Sampai je bilik, apa lagi..cari katil la..sodap betul dapat baring masa ni. ^___^
Lepas berehat dalam sejam, kami keluar pergi makan kat kedai mamak. Perghh..punya la mahal. Makanan bukan sedap mana pun. Kedai mamak kat Tg Malim lagi sedap, murah pulak tu..Haha..promote-promote.
So, kesimpulan hari pertama :
Jalan yang dilalui : Tol Senawang – Kulaijaya – Kota Tinggi – Mersing – Jemaluang – Endau – Kuala Rompin – Pekan – Kuantan.
Jarak perjalanan : 576 km
Isi minyak : RM50.50 (Ron97 Shell dan Esso) = 17.72 Liter
Masa : Tol Senawang – Kuantan (11 jam)
Daripada :
Komen Terkini