Border Pass

Assalamualaikum….

Hari ni den nak bercerita tentang pengalaman den mendapatkan border pass kat pejabat imigresen Betong.

Plan pada awalnya den tak tahu pun yang member den nak pergi border. Bila ada desas desus, tiba-tiba dia orang up dalam whatsapp nak pergi sana lepas waktu sekolah. Nasib baiklah lepas waktu sekolah tu den free. Tapi kali ni dia orang kata nak pergi dulu. Den pergi lewat sikit pukul 2.30 ptg. Selesai makan dan solat, baru den gerak ke sana. Tapi malangnya perjalanan ke sana hujan renyai. Den pun gagah la jugak pergi sana, malas nak pakai baju hujan.

Apabila tiba di imigresen, Zani dengan Muslim masih di pejabat. Den terus ambil borang dan isi maklumat berkaitan. Apabila nak submit borang kat guard, dia kata kena tukar alamat. Pakai alamat Kelantan, kalau tak memang kena reject awal-awal. Adeiyh..kena isi semula borang tu. Alamat pula den guna alamat umah Mek den kat Pasir Mas. Hahahaha…

Selesai sahaja isi borang, den tunggu turn untuk submit pada staf imigresen. Untuk makluman sesiapa yang ingin mohon Border Pass, pastikan korang bawa sekeping gambar passport (background putih) dan RM10. Tempoh untuk border pass ni valid hanya setahun sahaja.

So, mesti ada yang tertanya-tanya apa beza border pass dengan passport?

Korang boleh baca info kat bawah ni yer..

Border Pass atau Passport diperlukan untuk memasuki sesebuah negara di dunia. Jika anda ingin memasuki Thailand anda perlukan dokumen perjalanan seperti Border Pass atau Passport. Perbezaan Border Pass dan Passport.

BORDER PASS ( Malaysia )

1. Negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand sahaja .
Perlis , Kedah , Perak( Hulu Perak) dan Kelantan
Penduduk yang bermastautin di negeri dan daerah berkenaan.
Penduduk selain dari Hulu Perak Tidak layak.
Penduduk Terengganu , Pahang , Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Pulau Pinang juga tidak layak.

2.Pemilik hanya dibenarkan menyeberang Thailand ke Wilayah-Wilayah (Negeri-negeri ) yang bersempadan dengan Malaysia sahaja.
Satun,Songkhla,Yala dan Narathiwat Wilayah Trang, Krabi, Nakhon Si Thamarat dan lain lain dari lima Wilayah ( Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani ) mestilah guna Passport.

3.Begitu juga dengan pemilik Border Pass thailand,hanya dibenarkan di negeri-negeri Malaysia yang bersempadan dengan Thailand sahaja.

4.Syarat Syarat memohon border Pass
· Dilahirkan di negeri-negeri seperti di atas.
· Pemastautin dan beralamat di negeri negeri sempadan
· Berumur 18 tahun ke atas. Jika dibawah umur,hendaklah mendapat kebenaran ibubapa.
· Permohonan boleh di buat di semua pejabat Jabatan Imigresen negeri negri berkenaan atau di pejabat imigresen di pintu atau pos sempadan.
· Membawa 2 keping gambar berukuran passport dan berlatarbelakan putih.
· My Kad
· Wang RM10.00
· TIDAK DI ISTIHAR MUFLIS ( black list bank ,boleh)

5.Setiap Border Pass Baru ( berwarna biru,saiz Passport antarabangsa) luput 1 tahun dari tarikh dibuat.

6.Biasanya mendapat kebenaran untuk tinggal 30 hari di WILAYAH BERSEMPADAN MALAYSIA.

7.Dilarang digunakan untuk tujuan bekerja.


PASSPORT ANTARABANGSA
Boleh digunakan untuk keseluruh negara didunia KECUALI ISRAEL.

1.Syarat Pemohonan Passport Antarabangsa

2.Berumur 18 tahun ke atas. Jika dibawah umur,hendaklah mendapat kebenaran ibubapa.

3.Permohonan boleh di buat di semua pejabat Jabatan Imigresen negeri negri berkenaan atau di pejabat imigresen di pintu atau pos sempadan yang terpilih sahaja.

4.Membawa 2 keping gambar berukuran passport

5.My Kad

6.TIDAK DI ISTIHAR MUFLIS

7.Wang mengikut tempuh 1 tahun atau lebih , mengikut kadar yang ditetapkan ,minima RM100.00 ( terbaru RM200/5tahun )

8.Biasanya dibenarkan tinggal di negara Asean tidak lebih 1 bulan dan VISA perlu dipohon jika negara terbabit menetapkan peraturan.

9.Dilarang salahguna selain dari lawatan.

ANTARA BANDAR ATAU WILAYAH YANG DIBENARKAN MENGGUNAKAN “BORDER PASS”

1.SATUN, PAK BARA,TANYONG PO,TAMMALANG,MANANG ,KOH LIPE DAN SELURUH WILAYAH SATUN.
2.SONGKHLA,HAT YAI,DANNOK,PADANG BESA,SADAO,KLONG NGEK,PANTAI SAMILA DAN SELURUH WILAYAH SONGKLHA.
3.WILAYAH NARATHIWAT, TAK BAI
4.WILAYAH YALA,BETONG

ANTARA BANDAR ATAU WILAYAH YANG TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN “BORDER PASS”
1.KRABI
2.PHUKET
3.TRANG
4.PATHALUNG
5.KOH SAMUI
6.KOH PANGA
7.SURAT THANI
8.SEGENTING KRA
9.DAN DI SELAIN DARI WILAYAH SEMPADA SEPERTI Satun,Songkhla,Yala dan Narathiwat

SUMBER : Blog Cikgu Satun

 

Korang boleh rujuk blog kat atas untuk citer lebih lanjut pasal ride ke Thailand.

Ok, den sambung semula citer pasal tadi.
Lepas je selesai dapat border pass, si Poknik pula sampai. Dia terus masuk ke dalam pejabat untuk buat border pass juga. Kita orang pula terus gerak ke Petronas Pengkalan Hulu untuk isi minyak. Lepas je isi minyak, kebetulan jumpa dengan Rashidi. So kami berempat plan nak masuk Betong.

Dalam perjalanan nak ke sana, terserempak sekali lagi dengan Poknik. Yang sedihnya, dia tak dapat nak buat border pass sebab cip IC dia tak dapat detect. Huhuhu..

Lepas tu, Poknik kata nak balik. Kami masih 50-50 lagi. Mulanya nak teruskan juga, pastu dia orang ubah plan cancel tak jadi masuk Betong. Kami u turn untuk cari Poknik semula. Tapi tah mana laluan yang Poknik guna, kami tak jumpa dia. Hahaha…cepat betul dia hilang. So, kami pun patah balik ke Kerunai dan singgah makan di gerai Laksa Sarang.

Selain laksa sarang, kebetulan sekarang ni musim durian, mereka ada sediakan sekali cendol pulut durian. Perghhh…dia punya rasa, memang mantaplah..
Den ordern cendol pulut durian, laksa sarang dengan kopi ais. Manakala si Azani dan Muslim makan Cendol. Si Rashidi order Mee Udang dengan cendol pulut durian

Lama jugak la kami lepas kat situ sebab nak keringkan baju selepas meredah hujan lebat tadi.
Selepas dah selesai dan masing-masing dah kenyang, kami bergerak untuk pulang. Si Azani gerak lebih awal sebab dia nak main bola kat maktab lepas tu. Manakala si Rashidi masih menunggu Mee Udang yang dia order bungkus untuk isterinya.

Dalam perjalanan pulang, den singgah kedai motor kat Pekan Gerik sebab nak tegangkan rantai. Pusing punya pusing, akhirnya ada pomen yang sanggup buat. 2 kedai den pergi dia orang tak sanggup nak buat..Hahaha..maybe takut sebab motor besar kot.

Bila dan tegangkan rantai, kenalah charge RM2. Jadi la…lagi pun den tak ada tool nak buat sendiri. At least den dapat belajar macam mana nak tegangkan rantai tadi. Hehe..

So, den teruskan perjalanan ke maktab. Sampai je maktab, si Muslim nak pinjam baju hujan den. Katanya nak balik Besut malam tu. Perghhh…memang kental la !!

Oklah, itu je nak citer pasal buat border pass. Lepas ni senang la nak masuk Betong. Hehehe…

Daripada :