MyT 3rd Service

Assalamualaikum

Hari ni den nak kongsi pengalaman service MyT a.k.a tukar minyak hitam. Kali ni bezanya den tukar sendiri minyak hitam kat Seremban. Masa servis kali kedua, den minta tolong abang den. Kalau nak tahu lebih lanjut kisah tu, boleh terus ke link dibawah yer :

MyT 2nd Service

So untuk servis kali ketiga ni, den dah decide nak try mintak hitam Petronas F900. Masa 1st servis dulu pakai Yamalube dan 2nd servis pakai Silkolene. Minyak hitam Petronas F900 ni den beli kat shopee. Mula-mula tu rasa sangsi la jugak, boleh ke orang pos minyak hitam? Pastu ori ke tak ori?

Selepas belek-belek review dalam shopee, baru la den puas hati dan beli 3 botol. Alhamdulillah, dapat la diskaun. Sebotol dapat RM40. Kalau beli kat stesen minyak, sebotol tak silap RM65. Huhu…jauh beza kan? Kat bawah ni den share botol minyak hitam Petronas F900. Siap ada logo hologram kat mulut botol.

Millage motor masa ni adalah 34047 km dan den dah guna minyak hitam Silkolene sejauh 5902.3 km. Haha…dah terlajak 902.3 km. So far walaupun dah terlajak hampir 1k km, minyak still ok. Takde rasa kasar macam den guna Yamalube 10w-40. 

So nak dijadikan cerita, masa den nak buka nut minyak hitam, den boleh tersalah pusing. Sepatutnya kalau nak buka kena lawan arah jam, tapi masa tu den pusing arah jam. Tu dia, makan la sikit nut tu. Huhu…Nasib baik tak haus banyak. Lepas tu part paling sakit hati adalah nak buat oil filter. Perghhh….memang den nak give up la masa ni. 

Den try guna alat berantai yang den beli kat shopee. Langsung tak bergerak sikit pun OF tu. Puas cuba tak mau jugak. Pastu den pergi basuh tangan, siap-siap nak ke kedai sparepart kereta. Nak cari yang jenis “mangkuk”. So kalau ikutkan lebih mudah guna alat tu.

 

Macam ni la rupa dia

Apabila den dah balik dari kedai, den try lagi sekali..Jemmmm..alat tu tak leh nk guna sebab OF den dah jadi kemik masa mula-mula nak buka tadi. So dia tak fit. Lepas lama den fikir, den try guna kaedah screw driver. Sebab sebelum ni pernah baca kat group fb, dia orang kata kena ketuk screw driver bagi tembus OF dan pusingkan dia. Den pun try la. Tu dia…meleleh bak hang minyak hitam keluar dari OF tu. Den try pusing, mana maunyer..Tak menjadi apa yang orang share sebelum ni. So last sekali, den teringat pembuka OF yang abg den guna sebelum ni. Try 2 3 kali tak mau, sebab OF den memang dah kemik giler-giler. Den pun tawakkal je la. Try grip kuat-kuat dan pusing. Alhamdulillah…berjaya juga buka. Fuuhhhh…mencabar beb nak buka OF ni. So den belanja la sikit gambar masa proses nak tukar minyak hitam dan buka OF yer.

So proses nak tukar minyak hitam ni ambil masa hampir 1 jam 30 min la jugak. Hahaha…lama kan? Tapi tu termasuk sekali den basuh balik bekas yang kena minyak hitam. Kemudian last sekali baru den amik gambar meter millage dah guna minyak hitam sebelum ni. Dah siap semua baru teringat. Hahaha…

Nanti den update bagaimana performance dengan feel guna minyak hitam Petronas F900 ni. Hopefully lagi baik la. Ada yang bagi reiew, dia orang guna sampai 7k km…Fuuhhh….dahsyat.

Kalau ikut pengalaman lepas, tempoh untuk tukar EO dan OF lebih kurang 2 3 bulan. So, kita tengok macam mana kali ni. Maybe bulan 12 @ bulan 1 nanti den update semula.

So, terima kasih kepada yang membaca. InshaAllah ada idea nanti den tulis lagi kisah den yer. Bye…

Rumusan Servis :

Kali Pertama :
EO Yamalube 10-40 Fully = 3 x RM31 = RM111
OF = RM31
Kos Total = RM142

Bacaan meter : 22910 km
Penggunaan : 5235 km


Kali Kedua :
EO Silkolene Pro 4 15-50 Fully = 3 x RM52 = RM156
OF = RM26
Kos Total = RM182

Bacaan meter : 28145 km
Penggunaan : 5902 km


Kali Ketiga :
EO Petronas F900 Fully = 3 x RM40 = RM120
OF = RM17
Kos Total = RM137

Bacaan meter : 34047 km

Daripada :