Assalamualaikum…
Hari ni nak cerita tentang MyT 1st service. Masa ambil MyT dulu, millage masa tu 19616 km. Sekarang ni millage dah 22910 km. Maknanya den dah guna 3294 km. Fuhh..itu baru guna 29 hari. Kalau ikut rekod dari owner lama, dia servis MyT pada millage 18215 km. Masa tu guna EO Ipone. Tu dia…minyak bangsawan tu. Hahaha..So maknanya den dah guna MyT dengan EO Ipone sejauh 4695 km. Sikit lagi nak sampai 5000 km. Next…
Pada awalnya den nak service motor kat Pengkalan Hulu. Kenapa kat sana dan bukan kat Gerik? Sobab eh den ada bertanya 2 3 orang rider kat sini. Katanya kat PH tu ownernya bagus dan cermat. Tapi malangnya, masa den nak pergi servis kat sana, hujan turun dengan lebat. Kedai juz buka sampai pukul 6 petang jer. So memang tak sempat nak gerak ke PH petang tu. Last2 den postponed servis ke hari esok, means hari nak balik ke KL.
Masa otw nak balik KL, den singgah dulu kat Yamaha Center Kuala Kangsar. Alhamdulillah, kedai masih buka. Sampai2 je pomen terus keluarkan minyak hitam dan buka oil filter. Den pula terus ke kaunter untuk pilih minyak hitam. Tak banyak choice minyak hitam fully synthetic. Yang ada pun Yamalube 10w-40 dengan harga RM37. Den pun terus la sambar 3 botol + 1 oil filter dengan harga RM31. Total semua adalah RM142.
Alhamdulillah…servis pun cepat. Yang tak tahan tu, elok je den selesai servis, kedai terus nak tutup. Punya la cepat dia orang kemas2 nak tutup. So, den pun bersiap2 untuk teruskan perjalanan ke KL. Review setakat ni, Yamalube 10w-40 memang sedap. Tapi orang kata lepas 2000 km akan rasa kasar. So, tunggu jela lepas 2000 km nanti.
Rumusan Servis :
Kali Pertama :
EO Yamalube 10-40 Fully = 3 x RM31 = RM111
OF = RM31
Kos Total = RM142
Bacaan meter : 22910 km
Daripada :
Komen Terkini